Searching...
Thursday 15 January 2015
22:37 0

Foto perubahan mendadak diri Nabila Huda amat memeranjatkan



Terkejut beruk kami dengan perubahan mendadak penampilan diri anak perempuan lagenda rock negara Amy Search, Nabila Huda.

Siapa menyangka perubahan tersebut berlaku pada ketika popularitinya semakin memuncak. Tentu ramai netizen terpaksa menutup mulut dan terdiam sejenak.

Pelakon cantik yang berbakat ini pernah dikaitkan dengn beberapa artis lelaki sebelum ini. Mari kita tengok latar belakang beliau bagi mengenali lebih dekat lagi.

Nabila Huda binti Suhaimi Abdul Rahman dilahir 2 Disember 1984 adalah seorang pelakon Malaysia kelahiran Kuala Lumpur yang mula menempa nama menerusi pelbagai lakonan.

Nabila adalah anak sulung kepada legenda rock Amy dari kumpulan Search. Antara filem yang dibintangi beliau ialah Rock, Akhirat, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Pisau Cukur & Duhai Si Pari-pari.

22:30 0

Aksi terkangkang Chacha Maembong di dinding terima kritikan pedas


Menerusi video Chacha Maembong yang dikongsi di laman sosial instagram miliknya seminggu yang lalu menimbulkan kritikan dari peminat malah ada yang menyatakan Chacha Maembong semakin bambam. Betul ke?

Tujuan sebenar Chacha Maembong berkongsi video tersebut adalah kerana menyahut #Cabaran101010 yang sebelum ini ramai lagi artis yang turut terlibat menyahut cabaran tersebut antaranya ialah Emma Maembong, Nora Danish dan ramai lagi.

Sebelum ini, gadis comel ini juga pernah mencetuskan beberapa kontroversi seperti ‘Aksi Intim Chacha Maembong, Kekasih Tersiar ‘Live’ Di TV‘ yang diakuainya tidak disengajakan.

Lihat sendiri video tersebut dan selepas itu boleh la mencari jawapan di setiap kritikan yang dibuat oleh peminat. ‘Video Gedik Chacha Maembong Di Dalam Kereta‘ sebelum ini juga banyak menerima kritikan dari pengikut laman intagram miliknya. Fuhhh! apa kata anda?

Sumber : Blog Cencorot77


06:58 0

Diana Rafar Sahkan Fail Perceraian Ke Atas Zamarul Hisham Petang Tadi


Sebelum ini banyak kali kedengaran tentang hubungan antara pelakon Zamarul Hisham dengan isterinya Diana Rafar yang semakin renggang, namun kedua-dua mereka menafikan perkara ini. Gosip ini mula timbul tidak lama dulu apabila Diana dilihat jarang memuat naik gambar suami ke laman Instagramnya dan sering menghadiri majlis atau program seorang diri.
 photo ScreenShot2015-01-15at33538PM.png
Namun hari ini Berita Harian Online memberitahu bahawa Diana telah pun memfailkan perceraian ke atas Zamarul. Ini telah disahkan oleh Diana sendiri:
Ya, saya sudah memfailkan perceraian sekitar jam 1 tengah hari tadi. Bagaimanapun saya tidak mahu mengulas lanjut punca perpisahan kami lagi buat masa ini. Saya reda dengan apa yang terjadi.
Hanya mereka saja yang tahu apa sebenarnya yang bergolak dalam perkahwinan mereka buat masa ini.
Pasangan ini berkahwin pada tahun 2009 dan mempunyai seorang anak lelaki berusia lima tahun, Kashfi Haikal. Malam tadi, Zamarul melalui akaun Instagramnya menyatakan tidak dapat menghabiskan makan malam dengan Diana dan anak mereka dan meminta maaf.
Kebelakangan ini kisah selebriti bercerai semakin kerap didengari. Bersamalah kita doakan yang baik-baik saja untuk pasangan ini. Mungkin keduanya sudah berusaha dan Diana merasakan ini jalan terakhir untuk hubungan mereka.

Wednesday 14 January 2015
19:33 2

Saya Tak Sampai Hati Tengok Keadaan Jep Sekarang – Shuib Sepahtu




#Kemunculan Sepahtu di pentas MLM 2014 Jumaat minggu lalu memberi kejutan buat peminat dan penonton selepas ketiadaan Jep yang terpaksa menarik diri pada saat akhir.

#Walau bagaimanapun pujian harus diberikan kepada Shuib yang tenang dan memberikan persembahan ‘Stand-up comedy’ dengan begitu baik sekali. Lebih manis Datuk Jalaluddin Hassan mengakui Shuib berjaya membuktikan kemampuanya sebagai seorang pelawak walaupun terpaksa muncul keseorangan.

Namun ramai di antara penonton terutamanya peminat setia kumpulan Sepahtu tertanya-tanya bagaimana keadaan serta kesihatan Jep sehingga tidak dapat bersama-sama Shuib minggu lalu.

Astro Gempak sempat menemubual secara eksklusif Shuib mengenai keadaan Jep selepas berakhir pentas MLM 2014 minggu lalu. Nak tahu lebih lanjut jom tonton video  berikut sekarang!